Thursday, 21 February 2013

10 Filem Hindustan Yang Terbaik

   kali nie ME nak bagitahu 10 filem yang ME sangat minat dan takkan miss kalau ditayangkan di tv atau pun tengok berulang kali pun takpe sebab tak pernah bosan. ME sangat menggilai lakonan Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor..mereka sangat sesuai dalam apa jua watak.suka tengok badan kareena dan hrithik heheh

10                                 3 IDIOTS

sebenarnya ME akan tengok filem hindustan kalau ada Hrithik Roshan dan kareena kapoor saja tapi filem 3 Idiots nie kawan ME yang perkenalkan dan dia kata best so ME pun tengoklah. mula mula start ME dah tergelak sbab muka Aamir Khan yang sangat comel dan kelakar tu buat ME terus menonton.
filem ini mengisahkan  3 sekawan iaitu Faran Qureshi, Raju Rastogi dan Ranchhoddas atau Rancho yang dilakonkan oleh Aamir Khan. mereka nie pelajar sebuah kolej dalam bidang engineering. Farhan memilih engineering kerana permintaan ayahnya sedangkan dia minat photography. Raju pula memilih engineering kerana ingin menubah hidup keluarganya yang miskin manakal Rancho seorang yang sangat positive.
semuanya bermula dengan salah seorang profesor di kolej itu bernama profesor viru sangat membenci Rancho dan Rancho sering menjadi pelajar terbaik dan pernah mengenakan profesor viru membuatkan profesor viru bertambah membenci Rancho.
Rancho jatuh cinta dengan Pia yang dilakonkan Kareena Kapoor anak profesor viru. filem ini sangat menarik kerana menunjukkan nilai persahabatan dan kekeluargaan yang kuat

9                                     Baadshah(king)

filem aksi komedi romantik nie sangat best dan semestinya hero nombor satu hindustan Shahrukh Khan berlakon. Shahrukh Khan berlakon sebagai Raj yang menjadi detektif kerana mengikut ayahnya dibawah agensi baadshah. semua bermula apabila seorang lelaki datang ke agensi Baadshah dan memberitahu akan mati namun mahu melihat anaknya Seema lakonan Twinkle Khanna berkahwin dengan seorang lelaki kaya. Raj berpura pura buta dan mendekati Seema dan tanpa sedar Seema jatuh cinta pada Raj. Seema sangat marah kerana Raj cuma berpura pura buta.
Raj tanpa sengaja terlibat dalam satu kes yang mahu seorang pemimpin Gayatri Bachchan dibunuh dan Seema menyangka Raj seorang pembunuh upahan. Raj menjelaskan pada Seema bahawa dia terpaksa membunuh Gayatri kerana mereka menawan kawan kawan baiknya dengan bantuan Seema,Gayatri diselamatkan dan terkejut kerana suaminya mahu dia mati.
filem lakonan Shahrukh Khan dan Twinkle Khanna nie sangat menarik sebab komedi aksi yang best

8                           Chori Chori Chupke Chupke

filem cinta ini mengisahkan pasangan suami isteri Raj Malhotra lakonan Salman Khan dan Priya lakonan Rani Mukerji yang bahagia apa lagi Priya disahkan hamil namun Priya mengalami keguguran dan sukar untuk hamil lagi dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengupah seorang wanita untuk melahirkan zuriat Raj dan Raj telah bertemu dengan Madhu lakonan Preity Zinta seorang pelacur yang sanggup mengandungkan anak Raj demi wang. mereka bertiga berpindah ke Switzerland dan Madhu hamil anak Raj. Priya dan Raj memberitahu keluarga mereka kononnya Priya yang hamil namun keluarga mereka terus datang ke Switzerland untuk membuat majlis menyambut cucu. Madhu mula berasa bersalah kerana keluarga Raj sangat baik dan dia mula jatuh cinta dengan Raj. filem tentang cinta dan kasih sayang keluarga nie memang menarik untuk di tonton. filem nie buat ME mula sukakan Preity Zinta

7                                         Veer-Zaara

filem yang sangat menyayat hati ini mengisahkan tentang permusuhan Pakistan dan India. Zaara Haayat Khan lakonan Preity Zinta seorang gadis Pakistan yang telah pergi ke India untuk menunaikan hajat neneknya dan disana dia telah diselamatkan dalam satu kemalangan oleh seorang ketua penerbangan Veer Pratap Singh lakonan Shahrukh Khan. Veer membawa Zaara ke kampungnya dan Veer sudah mula jatuh cinta dengan Zaara dan mahu mengahwini Zaara namun segalanya berubah apabila Raza tunang Zaara menjemput Zaara pulang ke negeri mereka. demi cinta Veer sanggup ke Pakistan untuk membawa Zaara lari kerana Zaara tidak mencintai tunangnya namun Veer menarik niatnya kerana ibu Zaara merayu agar Veer melepaskan Zaara. sewaktu ingin pulang Veer telah ditangkap dan dipenjarakan serta dipalsukan identiti dirinya. 22 tahun kemudian Saamiya Siddiqui lakonan Rani Mukerji cuba membebaskan Veer dan mengembalikan identiti sebenar Veer dengan bantuan Zaara dan mereka dipertemukan setelah 22 tahun. filem ini sangat menarik dan dialog yang paling ME ingat apabila Saamiya memanggil nama peguam lawan dengan nama yang salah dan peguam itu marah dan Saamiya terus memberitahu baru sekali nama anda disebut salah anda sudah marah bagaimana dengan Veer yang 22 tahun orang memalsukan identitinya. filem nie sangat menyentuh hati

6                                            Duplicate

filem Shahrukh Khan kegemaran abang saya haha mengisahkan tentang Bablu Chaudhary lakonan Shahrukh Khan seorang lelaki yang lurus menjadi tukang masak di sebuah hotel dan berjumpa dengan pengurus hotel tersebut Sonia Kapoor lakonan Juhi Chawla dan mereka jatuh cinta manakala Manu lakonan Shahrukh Khan yang memegang dua watak adalah seorang jahat yang lari dari penjara. Manu mengugut Bablu dan akan mencederakan ibu serta Sonia. Bablu terpaksa menyamar menjadi Manu dan sebaliknya. akhir sekali Lily lakonan sonali bendre membunuh Manu sendiri kerana menyedari Manu tidak mencintai dirinya seperti mana Bablu mencintai Sonia. filem aksi komedi nie memang seronok

5                   Kal Ho Naa Ho(there may or may not be a tomorrow)

filem mengenai persahabatan yang sangat menyayat hati ini mengisahkan tentang Naina Catherina Kapur lakonan Preity Zinta yang bersahabat baik dengan Rohit Patel lakonan Saif Ali Khan. Aman Mathur lakonan ShahrukhKhan jiran baru Naina sentiasa positive dan memberi semangat pada ibu Naina untuk membuka restoran.sikap Aman yang mudah mesra telah membuat Naina jatuh cinta begitu juga Aman namun Rohit yang jatuh hati dengan Naina akhirnya beranikan diri mengajak Naina keluar namun Naina telah meluahkan isi hatinya yang mencintai Aman membuatkan Rohit patah hati. Naina datang ke rumah Aman untuk meluahkan isi hatinya tetapi Aman berbohong bahawa dia telah mengahwini Priya lakonan Sonali Bendre. Naina menerima Rohit dan mendapat tahu Priya adalah doktor Aman kerana Aman menghidap penyakit kronik. setelah menghadiri perkahwina Rohit dan Naina akhirnya Aman meninggal dunia. filem persahabatan nie sangat sedih tau

4                             Mujhse Dosti Karoge(will you be my friend)                                   

filem ini juga mengisahkan persahabatan yang diuji apabila tiga sahabat baik dari kecil iaitu Raj Khanna lakonan Hrithik Roshan, Pooja Sahani lakonan Rani Mukerji dan Tina Kapoor lakonan Kareena Kapoor. Raj sangat tertarik dengan tarikan Tina manakala Pooja dalam diam mencintai Raj. Raj terpaksa ke england mengikut keluarganya dan berjanji pada Tina akan selalu mengahntar email namun setiap kali email Raj tiba Pooja yang selalu membalas bagi pihak Tina tetapi menggunakan nama Tina. Raj mula jatuh cinta dengan Tina kerana menyangka Tina yang membalas emailnya. apabila mereka bertiga dipertemukan Pooja kecewa kerana Raj terus mencari Tina dan mereka bercinta namun Raj sedar Tina dihadapannya sangat berlainan dengan dalam emainya sebaliknya merasa selesa dengan Pooja dan menyedari Pooja adalah cinta sebenarnya yang telah membalas email darinya namun Pooja tak sampai hati nak lukakan hati Tina dan meminta Raj meneruskan perkahwinan dengan Tina. akhirnya Tina sedar yang Raj cintakan Pooja dan melepaskan Raj pada Pooja demi persahabatan mereka

3                                      My Name Is Khan

top 3 ME adalah filem yang sangat meruntun jiwa bila menonton. filem ini menceritakan tentang kemulian hati seorang lelaki bernama Rizwan Khan lakonan shahrukh Khan yang menghidap penyakit Asperger syndrome. setelah kematian ibunya Rizwan tinggal dengan adiknya Zakir dan isterinya Haseena di  united states dan disana berkenalan dengan Mandira lakonan kajol seorang hindu yang ada anak lelaki bernama Sameer. perkenalan itu membuatkan mereka bercinta dan berkahwin namun kematian Sameer benar benar membuat Mandira teruji dan menyalahkan Rizwan kerana dianggap pengganas dan Mandira menyuruh Rizwan berjumpa Presiden amerika dan memberitahu Sameer bukan pengganas. bermulalah liku liku kehidupan Rizwan untuk berjumpa Presiden namun sikap Rizwan yang suka membantu tanpa mengira kaum membuatkan ramai rakyat amerika membuka mata dan Mandira mula sedar yang Rizwan tidak bersalah dan menerima Rizwan semula. Rizwan akhirnya berjumpa presiden amerika. filem nie sangat menarik kerana menceritakan tentang islam dan lakonan hebat Kajol dan Shahrukh Khan sangat mantap


2                     Kuch Kuch Hota Hai(something happens)
mengisahkan tentang persahabatn antara Anjali Sharma lakonan Kajol dan Rahul Khanna lakonan Shahrukh Khan yang bersahabat baik sehingga muncul Tina lakonan Rani Mukerji yang jelita dan lemah lembut berbanding Anjali yang kasar dan tomboy. Rahul telah jatuh cinta dengan Tina begitu juga Tina membuatkan anjali mula cemburu dan menukar gaya penampilan demi Rahul namun Rahul masih tak sedar Anjali mencintai dirinya. Tina mula perasan yang Anjali mencitai Rahul dan Anjali terpaksa meninggalkan Rahul apabila mendpat tahu Rahul akan berkahwin dengan Tina. tina melahirkan anak perempuan dan menamakan Anjali lalu meninggal dunia. 8 tahun kemudian Anjali membaca surat ibunya yang mahu dia mencari Anjali demia ayahnya kerana yakin mereka ditakdirkan bersama. Rahul akhirnya bertemu Anjali namun Anjali akan berkahwin dengan Aman Mehra lakonan Salman Khan namun aman yang disedarkan oleh Anjali anak Rahul akhirnya merelakan Anjali pada Rahul. filem nie sangat sedih time Anjali naik keretaapi dan Rahul cuba menghalang Anjali

1 Kabhi Khushi Kabhi Gham(sometimes happiness sometimes sadness)

filem hindi terbaik bagi saya tara haha filem tentang kekeluargaan ini mengisahkan keluarga kayaYash Raichand lakonan Amitabh Bachchan dan Nandini lakonan Jaya Bachchan mempunyai dua anak lelaki iaitu Rahul lakonan shahrukh Khan dan Rohan lakonan Hrithik Roshan. Rahul jatuh cinta dengan gadis biasa Anjali lakonan Kajol sedangkan Yash mahu menjodokan Rahul dengan Naina lakonan Rani Mukerji. Rahul lebih memilih Anjali dan membuatkan Yash menghalau Rahul dan memulakan hidup baru di London bersama Anjali dan adiknya. 10 tahun kemudian Rohan mencari abangnya di London dan bertemu dengan adik Anjali iaitu Pooja lakonan Kareena Kapoor dan mereka saling mencintai. akhirnya Rohan berjaya menyatukan seluruh keluarganya. filem nie yang paling banyak ME menangis tau






                                          
                                        
                                                                         
                                           




No comments:

Post a Comment